Kebelakangan ini begitu ramai yang menggunakan VCC(Virtual Credit Card) didalam urusan verifikasi dan pendaftaran. Ramai juga yang menggunakan VCC ini dalam urusan verifikasi ebay. Tetapi kini tidak lagi……Baru-baru ini Ebay telah mengetatkan tahap security mereka untuk mengelakkan masalah penipuan ataupun fraud didalam urusan perniagaan ebay.
Jika ada antara kita yang newbie terfikir untuk menggunakan VCC sebagai jalan pintas untuk berniaga di Ebay……berfikirlah dahulu. Kita akan terdedah kepada risiko “Pending Additional Account Verification”. Mungkin semasa pendaftaran dan verifikasi masalah ini tidak akan timbul. Ianya mula berisiko apabila kita mula membuat “listing” dan barang auction kita itu mempunyai bida yang tinggi. Pada masa ini setiap pemegang akaun ebay yang baru mula akan dipantau. Jika pihak Ebay mendapat ada keraguan, maka disini anda akan menerima satu email dari Ebay. Mungkin akaun Ebay anda akan di gantung.
Jadi jika kita betul-betul ingin menjalankan perniagaan yang sebenar dan betul dari mula penulis amat-amat sarankan kita menggunakan DEBIT CARD yang sebenar. Iannya juga mudah dan setiap pemohon yang 18 tahun ke atas sudah layak memohon. Mungkin di lain waktu penulis cerita lebih lanjut pula pasal Debit Card ini.
Share on Facebook
Leave a Reply
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...





