Salam Semua,

Macam mana hari ni! Masih lagi dalam mood cuti ke? Maklum le dapat cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kepada yang mula bertugas saya mengucapkan selamat kembali bekerja.

Ok, hari ini saya ingin berkongsi satu tip untuk kita renungkan bersama-sama. Mungkin ramai sudah mengetahui tapi masih ramai juga yang endah tak endah.

Asasnya kita harus faham dua istilah ini, Buat Duit Di Internet(BDDI) adalah TIDAK SAMA dengan Perniagaan Di Internet(PDI).

Logiknya disini, BDDI selalunya adalah program-program penjanaan wang seperti goggle adsense(kalau tak tahu tak mengapa lain kali kita boleh discus detail) dan sebagainya.Ini kerana program-program sebegini tidak memerlukan produk untuk menghasilkan duit. Manakala PDI pula melibatkan produk seperti yang saya terangkan sebelum ini. Kita menngunakan produk ikita sendiri ataupun gunakan produk orang lain untuk mendapatkan jualan. Dan produk ini juga terbahagi pula kepada beberapa kategori iaitu produk maklumat ,produk fizikal dan produk perkhidmatan. Kesemua kategori produk itu akan saya huraikan dengan lebih lengkap dalam post lain nanti.

Yang penting disini kita harus faham apa yang kita usahakan. Cuma disini saya berharap kita tidak tertipu dengan diri kita sendiri, sebab di akhir-akhir ini program-program BBDI yang diketengahkan banyak bertemakan konsep skim cepat kaya. Ramai juga hari ini menggunakan FaceBook untuk mencari prospek.

Saya harap kita lebih berhati-hati kerana kalau nak bercakap tentang skim cepat kaya ni, sehari semalam pun tidak akan habis. Nasihat saya ialah setiap sen yang ingin diperolehi haruslah diusahakan. Tiada jalan mudah untuk berjaya mahupun kaya. Jika ada jalan mudah sudah tentu semua penduduk di Malaysia hari ini memandu BMW ke, Rolls Royce ke, Mercedes ke dan sebagainya.

Wasalam dan berjumpa lagi nanti!

Share on Facebook
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Twitter
  • MySpace

2 Responses to “Tip Perniagaan Internet Hari Ini.”

  1. annuar Says:

    BDDI = Pelaburan Internet tu memang dah banyak yang tertipu. Jadi ramai yang jadi keliru. Itulah sebabnya perniagaan di internet juga kena tempiasnya……Saya amat setuju dengan artikel-artikel sebegini untuk mengurangkan kekeliruan masyarakat. Perniagaan dan Pelaburan Internet itu perlu diwarwarkan. Syabas sdr

  2. riosm Says:

    Perkara-perkara beginalah yang perlu kita sama-sama sampaikan maklumat. Supaya rakyat Malaysia lebih terbuka dan faham akan perniagaan internet yang sebenar.

Leave a Reply

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations