09
Jan

Hari ni cuma nak kongsikan satu tip penjimatan yang saya dapat dari email Saudara Razif Yusof. Mungkin  tip ini dapat kebaikkan kita bersama.

Saya akan kongsikan dengan anda satu teknik
atau formula yang biasa digunakan oleh mereka-
mereka yang telah berjaya dalam hidup.

Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat
anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan
bersama keluarga atau teman rapat anda.

Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?

Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada
2 bahagian:

70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini
termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan
shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari
jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga
ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda
boleh melakukannya dengan penjimatan yang realistik.

Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan,
anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%)
sahaja pada bulan tersebut.

Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk
menjana kekayaan!

-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan,
samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma
ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa
kebahagiaan dan digandakan!

-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes.
Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi,
anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus,
beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu
yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui
sesuatu yang menguntungkan.

-10% terakhir (RM200) anda SIMPAN untuk masa depan
anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana
ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.

Nota: Jika anda MENYIMPAN RM200 setiap bulan dengan
bonus 10% setahun, SIMPANAN anda bakal mencecah:

>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)

Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika
anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira
walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan
teknik diatas untuk masa depan anda.

Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa
hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak
ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun
dah pencen. Ini kerana mereka tiada lebihan wang untuk
disimpan.Ini mungkin juga kerana mereka terlalu boros
dan tidak pernah terfikir untuk berjimat demi masa depan.

Rizal, jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan,
saya sarankan kepada anda, sila ikut Formula 70/30 mulai hari ini.
Mulakan PENJIMATAN hari ini juga untuk mulakan SIMPANAN anda.

Untuk keterangan lanjut boleh lawati di http://www.tipspenjimatan.com

Share on Facebook
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Twitter
  • MySpace

One Response to “Tip Penjimatan”

  1. dwen Says:

    bagus info ni…terima kasih ye

    http://dwenz4u.blogspot.com
    http://www.kuasa2.com

Leave a Reply

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations