Rasanya belum terlambat lagi bagi penulis untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati dan mendapat kerahmatanNya. Bagi yang bukan beragama Islam tempias dan bahang Ramadhan ini pasti juga terasa terutama dipasar-pasar Ramadhan. Tadi penulis melihat berduyun-duyun orang ke pasar Ramadhan di kawasan penulis tinggal daerah Manjung ini. Termasuklah kaum-kaum Cina dan India juga mengambil kesempatan membeli juadah-juadah yang semuanya sedap-sedap belaka. Apappun penulis berharap dan berdoa semoga Ramadhan ini adalah terbaik untuk kita daripadaNya. Semoga kita termasuk dari orang yang mengerjakan ibadat puasa dengan ikhlas dan sempurna untuk mendapat keredhaan Allah dan menjadi muslim yang bertaqwa dan  sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kebajikan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau sebarang kesilapan yang saya lakukan terhadap anda sama ada secara sengaja atau tidak semasa menulis disini. [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations