Hari ini penulis ingin mengajak para pembaca semua berfikir sejenak. Seperti yang sedia maklum, bagi golongan yang bekerja pasti mempunyai simpanan KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti. Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam... Lihat apa yang terjadi beberapa tahun lepas. * Tahun 2005 - 5.0% * Tahun 2006 - 5.15% * Tahun 2007 - 5.8% * Tahun 2008 - 4.5% Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan KWSP: Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik. "Akaun 1 KWSP" Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations