Lama betul tak update blog ni.....betul-betul kesibukan dengan perjalanan dunia ini. Tapi akhirnya aku kembali ke bumi yang dipijak. Malam ni dapat rangsangan terbaru setelah dapat ber 'YM' dengan saudara Richie Rich. Ada projek besar saya untuk dijayakan dalam masa terdekat ini. Termasuk memperkemaskan RahsiaDuitOnline.com .Nantikan kemunculanya, yang pasti semua newbie akan mendapat faedah darinya. [+]

Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat. Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali. Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya. Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang. Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan. Mereka telah membuat pilihan, anda juga pun patut dengan memulakan langkah pertama dengan mencari maklumat disini. Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan. [+]

Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianyasatu sistem yang buat duit secara automatik. Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait dengannya. Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit, tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi. Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa kekayaan diluar dugaan anda. Dapatkan maklumat sistem itu disini SISTEM BUAT DUIT [+]

Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif  daripada pasif Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya." Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja. Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan. Salah satu maklumat mencipta pendapatan tambahan pasif boleh dirujuk pada http://www.rizalosman.ws [+]

Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda. Aset : Wang masyuk Liabiliti: Wang keluar Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang. Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang! Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations