Bercakap mengenai permulaan membina bisnes internet, ramai
yang merungut bahawa mereka sudahpun menghabiskan banyak
wang untuk mencuba.
Namun hasilnya belum lagi kelihatan.
Kebanyakan daripada mereka yang merungut ini sebenarnya sedang
cuba berlari sebelum mula menapak. Maksud saya, mereka sebenarnya
masih lagi dalam proses pembelajaran dan belum pun lagi menapak di dalam
bidang ini.
Ya, pembelajaran mungkin akan mengambil proses yang lama
bagi sesetengah individu dan ada yang akan cepat.
Tetapi, ada beberapa cara untuk anda mempercepatkan proses
pembelajaran tersebut.
1. melalui personal coaching
2. melalui seminar yang memberikan
bimbingan sepenuhnya
3. melalui teamwork (seperti
partnership)
dan beberapa lagi.
Pembelajaran melalui ebook pula mungkin akan mengambil masa yang
lama bagi mereka yang baru. Ianya juga adalah murah berbanding
cara yang saya nyatakan di atas.
Anda boleh jimat wang sekarang tetapi anda akan mengambil masa
yang panjang dan mungkin melalui kegagalan semasa mencuba.
Atau anda keluarkan sejumlah wang untuk sesi personal coaching atau
sesuatu seperti yang saya nyatakan di atas, dan short-cut pembelajaran
anda untuk membina bisnes internet.
Kedua-duanya tiada salah atau betul kerana anda yang menentukan hasilnya.
…dan pilihan tetap di tangan anda.
Dan satu perkara yang perlu saya ingatkan bahawa bisnes internet
ini perlu dilakukan secara berterusan, diberikan fokus dan
ada kalanya mungkin projek anda akan gagal (beberapa projek saya
pun pernah gagal).
Akhir sekali… fahami model bisnes internet anda dan plan dengan baik
sebelum anda melancarkan sesebuah laman web atau bisnes anda.
Leave a Reply
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...





