Percaya atau tidak ramai dikalangan kita hari ini sudah mula membuat duit di internet. Tapi soalannya, “Betul ke senang nak buat duit kat internet ni?“. Maka ramai juga yang rasa macam tertipu dan sebagainya. Maklum le ramai yang tertarik dengan saleletter sesebuah website yang menjual ebook dan sebagainya. Itulah yang saya namakan Saleletter Membunuh, yang berjaya menyentuh sanubari seseorang itu sehingga mengambil keputusan membelinya. Lihat sahaja perkataan RAHSIA!, KINI TERBONGKAR!!, XXX CARA MUDAH!, Siapa yang tak tertarik.

Tapi tidak adillah saya berkata sedemikian, mungkin kenyataan diatas akan membuat para Internet Marketer Malaysia marah dengan kenyatan ini. Namun saya juga berhak berkongsi maklumat dan pengalaman demi tanggungjawap untuk memajukan bidang keusahawan internet ini.

Percayalah! Bukan hanya dengan sebuah mana-mana ebook itu berupaya membuat anda terus berjaya ataupun mendapatkan RM pertama anda. Saya berkata ini atas platform khas untuk anda yang betul-betul newbie(orang baru dalam bidang keusahawan internet). Walaupun serajin dan sekuat mana anda berusahapun belum tentu akan berhasil.

Langkah awal perlulah diperlengkapkan(tidak semestinya 100%, sekurang-kurang asas) ilmu perniagaan internet ini. Seterusnya FOKUS satu bidang sehingga mahir. Dalam proses ini anda perlu mempunyai suatu SISTEM kerja supaya tidak terpesong atau hilang fokus asal.

Paling berkesan dengan kaedah personal coaching. Ini mungkin dapat membantu mempercepatkan kefahaman anda. Perkataan “MUNGKIN” saya gunakan kerana di akhirnya, yang menentukan kejayaan seseorang itu datang dari hasil usahanya sendiri.

Dalam Islam sendiri umatnya diingatkan “seseorang itu tidak akan maju melainkan beliau sendiri memajukan dirinya sendiri”

Share on Facebook
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Twitter
  • MySpace

Leave a Reply

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations