Hari ini penulis ingin mengajak para pembaca semua berfikir sejenak. Seperti yang sedia maklum, bagi golongan yang bekerja pasti mempunyai simpanan KWSP, yang tujuan utamanya adalah untuk simpanan hari tua nanti. Masalahnya, apabila ekonomi gawat, pulangan dividen juga menjunam... Lihat apa yang terjadi beberapa tahun lepas. * Tahun 2005 - 5.0% * Tahun 2006 - 5.15% * Tahun 2007 - 5.8% * Tahun 2008 - 4.5% Disini saya akan kongsi cara terbaik untuk kita gandakan keuntungan KWSP: Anda tentu tahu simpanan KWSP anda tidak boleh dikeluarkan, melainkan untuk tujuan tertentu. Jadi, mungkin pendapat saya ini boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan lebih baik. "Akaun 1 KWSP" Anda boleh laburkan sebahagian wang KWSP dari Akaun 1 ke dalam pasaran amanah saham yang diiktiraf. Ramai orang bila sebut amanah saham, semua fikir satu benda - TAKUT RUGI. Sebenarnya, amanah saham ini ada pelbagai jenis dana. Ada yang aggresive (pulangan tinggi/risiko tinggi), balanced (pulangan seimbang/risiko sederhana) dan konservatif (pulangan [+]
Rasanya belum terlambat lagi bagi penulis untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati dan mendapat kerahmatanNya. Bagi yang bukan beragama Islam tempias dan bahang Ramadhan ini pasti juga terasa terutama dipasar-pasar Ramadhan. Tadi penulis melihat berduyun-duyun orang ke pasar Ramadhan di kawasan penulis tinggal daerah Manjung ini. Termasuklah kaum-kaum Cina dan India juga mengambil kesempatan membeli juadah-juadah yang semuanya sedap-sedap belaka. Apappun penulis berharap dan berdoa semoga Ramadhan ini adalah terbaik untuk kita daripadaNya. Semoga kita termasuk dari orang yang mengerjakan ibadat puasa dengan ikhlas dan sempurna untuk mendapat keredhaan Allah dan menjadi muslim yang bertaqwa dan sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kebajikan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau sebarang kesilapan yang saya lakukan terhadap anda sama ada secara sengaja atau tidak semasa menulis disini. [+]
Aktiviti sepanjang minggu ini memang sibuk. Sampai tak sempat nak update blog ini. Anyway hari ini penulis ingin berkongsi juga mengenai penganjuran seminar 4 Weeks To Freedom yang berlansung pada hari Sabtu lepas di Pulau Pinang. Memang "SUPERB"....itu yang boleh penulis katakan. Walaupun ianya PERCUMA(sempena menghargai pelanggan) tetapi pengisiannya cukup baik. Kalau saudara Zamri Nayan hendak mengaut keuntungan senang-senang saja harga penyertaan seminar ini boleh dikenakan RM1000++. Itu tak termasuk lagi perkongsian dari IM terkemuka Malaysia iaitu Patric Chan. Memang berbaloi habis semasa attend seminar ni. Penulis juga berkesempatan berkenalan dengan lebih rapat bebarapa lagi IM Malaysia seperti Ammar Zahar, Raja Kamil, Razif dan ramai lagi. Banyak pengalaman yang ditimba terutama untuk golongan yang newbie-newbie ini. Rasanya semua tip-tip yang dikongsi itu sudah cukup untuk membuat seseorang itu mengenali dan memulakan perniagaan internet yang sebenar. So hari ini penulis cuma hendak [+]
Sebagai seorang yang berminat untuk membuat duit online,
penulis rasa kita pasti pernah mendengar tentang Adsense. Ramai
orang telah berjaya membuat duit dengannya.Tahukah kita bahawa
sekarang wujudnya Adsense for Domainsyang mempunyai potensi
untuk menjana wang seperti itu juga? Adsense for Domains merupakan program daripada Google yang membenarkan kita membuat duit
dengan menggunakan domain kita sahaja.
Ianya tidak memerlukan hosting.
Ianya juga tidak memerlukan content.
Dua masalah yang sering menghalang setiap usahawan akhirnya
berjaya diselesaikan. Kini kita tidak perlu lagi risau tentang kos
mendapat hosting (yang harganya mungkin sehingga RM100 dan ke atas).
Kita juga tidak perlu membuat isi kandungan laman web anda
(yang selalunya mengambil masa yang lama).
Apa yang kita perlukan hanya sebuah domain, dan ianya boleh dilanggan
serendah RM3.
Untuk itu panduan bagaimana dan langkah-langkah yang perlu kita lakukan bagi memastikan kita dapat menggunakan
Adsense for Domains telah di susun oleh seorang penulis e-book Raja Kamil baru-baru ini . Beliau mengeluarkan satu [+]
Kebelakangan ini ramai yang claimed to be as SIFU Of EBAY. Merata-rata forum boleh jumpa sifu-sifu ni. Bila dah ada tittle sifu nanti senang le nak buat marketi. Nanti disini kita akan jumpa ada yang real marketing dan ada juga yang mengambil kesempatan. Tapi persoalannya siapa yang sebenar-benarnya SIFU ni? Jawapannya masih lagi subjektif dan misteri. Apa pun pada pendapat penulis, semua orang berhak claim atau declare dialah sifu dan sebagainya. Tapi yang lebih penting kita perlu lihat dari segi keikhlasan sumbangan beliau pada orang-orang baru yang ingin menceburi dunia IM dan khususnya pada bidang Ebay ini. Jangan sampai kita tertipu dek kata-kata pujanganya dan pujian dari rakan-rakan sekelilingnya sahaja. Dalam dunia maya ni macam-macam hal boleh berlaku, itulah lumrah manusia. Tapi baru-baru ni(semalam) penulis sempat berjumpa "real Sifu". Memang crowded kat Alamanda Putrajaya. Disitu penulis sempat berkenlan dengan ramai lagi rakan [+]
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...




