Sudah lama blog ni tidak ber"update". Bukan lupa tetapi kerana kesibukkan yang teramat sangat dengan perniagaan internet saya. Terlalu banyak perkara yang perlu difokuskan, dan ini memerlukan komitmen yang teramat tinggi. Untuk berjaya inilah kunci utama yang wajib(bukan lagi harus) kita pegang. Alhamdulillan berkat kesabaran dan sokongan dari keluarga tahun 2010 ini merupakan tahun yang boleh saya anggap tahun yang cemerlang. Banyak perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan internet ini telah disusuri dengan jayanya. Walaupun belum mencapai sasaran yang ditetapkan tetapi pergerakkan dan arah tujuannya semakin laju dan pasti. Bagaimana pula dengan anda? Saya harap anda juga telah memulakan sesuatu. Jika perlukan bantuan, bolehlah dikongsikan bersama-sama saya disini. Mana le tahu, dari pengkongsian nanti kita dapat membuat sesuatu. [+]
Salam Semua, Macam mana hari ni! Masih lagi dalam mood cuti ke? Maklum le dapat cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kepada yang mula bertugas saya mengucapkan selamat kembali bekerja. Ok, hari ini saya ingin berkongsi satu tip untuk kita renungkan bersama-sama. Mungkin ramai sudah mengetahui tapi masih ramai juga yang endah tak endah. Asasnya kita harus faham dua istilah ini, Buat Duit Di Internet(BDDI) adalah TIDAK SAMA dengan Perniagaan Di Internet(PDI). Logiknya disini, BDDI selalunya adalah program-program penjanaan wang seperti goggle adsense(kalau tak tahu tak mengapa lain kali kita boleh discus detail) dan sebagainya.Ini kerana program-program sebegini tidak memerlukan produk untuk menghasilkan duit. Manakala PDI pula melibatkan produk seperti yang saya terangkan sebelum ini. Kita menngunakan produk ikita sendiri ataupun gunakan produk orang lain untuk mendapatkan jualan. Dan produk ini juga terbahagi pula kepada beberapa kategori iaitu produk maklumat [+]
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat. Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali. Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya. Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang. Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan. Mereka telah membuat pilihan, anda juga pun patut dengan memulakan langkah pertama dengan mencari maklumat disini. Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan. [+]
Sebab #4 : Tidak faham atau tidak gunakan sistem menjana duit
Sistem buat duit ialah sesuatu aktiviti yang boleh buat duit untuk anda tanpa perlu kerja. Dengan lain perkataan, ianyasatu sistem yang buat duit secara automatik.
Aset yang sebenar hanyalah satu sistem atau yang berkait
dengannya.
Selepas anda mencipta atau gunakan satu sistem buat duit,
tiada had berapa banyak duit yang boleh anda perolehi.
Dengan menjadi pakar kepada sistem duit akan membawa
kekayaan diluar dugaan anda. Dapatkan maklumat sistem itu
disini SISTEM BUAT DUIT
[+]
Sebab #3 : Fokus kepada pendapatan aktif daripada pasif Salah seorang jutawan yang saya kenali pernah memberi nasihat dengan selamba. Beliau berkata "Jika anda tidak buat duit semasa tidur, anda tidak akan kaya." Pendapatan aktif adalah gaji yang anda dapat daripada bekerja. Anda bekerja sejam dan mendapat bayaran untuk sejam bekerja dan sampai disitu sahaja. Pendapatan pasif ialah anda bekerja sekali sahaja tetapi terus mendapat bayaran tanpa putus daripada kerja yang tidak lagi anda lakukan. Dengan membuat pelaburan atau mencipta aset sebenar yang memberikan pendapatan pasif kepada anda adalah tiket untuk anda menuju kekayaan. Salah satu maklumat mencipta pendapatan tambahan pasif boleh dirujuk pada http://www.rizalosman.ws [+]
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...




