24
Oct
Related entries:Tips

Teringat saya pada satu ketika dahulu iklan petrol caltex yang menceritakan seorang pemuda yang sedang memandu kereta dengan mempunyai satu matlamat. Apa kepentingan matlamat ini telah pun saya kupaskan didalam post terdahulu. Tetapi tahukah anda matlamat tidak semestinya hanya bergantung pada satu sahaja, untuk lebih berkesan anda boleh kelaskan kepada 3 matlamat. Maksud saya anda boleh tetapkan matlamat segera, jangka pendek dan matlamat jangka panjang. Kenapa perlu sangat kita tetapkan matlamat sebegini? Contoh yang senang boleh tunjukkan, katakan anda mempunyai matlamat hendak membeli sebuah rumah banglo bernilai RM satu juta pada tahun 2012 nanti. Jadi disini anda mempunyai 4 tahun lagi dan jangka masa ini terlalu panjang dan jauh lagi. Ini bolehlah anda katakan matlamat jangka panjang. Untuk memastikan anda mencapai matlamat diatas, sekarang anda tetapkan matlamat jangka pendek seperti dalam masa 6 bulan [+]

kita perlu merancang jika hendak berjaya. Betul tak? Tetapi kalau tiada matlamat pun kita pasti sukar mendapatkan hasilnya. Sebab apa saya berkata begitu. Contohnya;katakan kita merancang nak simpan duit RM1000.00 hasil dari gaji kita. Jadi kita pun membuat checklist perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mencapai perancangan tersebut seperti mengurangkan keluar tengok wayang ke ....atau apa-apa saja yang anda fikirkan. Selepas beberapa tahun anda masih lagi gagal atau mampu untuk menyimpan RM1000.00 walaupun anda berjaya mengurangkan aktiviti anda keluar tengok wayang itu tadi. Apa yang berlaku disini adalah kerana anda tidak menetapkan matlamat jangka masa, BILA anda nak RM1000.00 itu terkumpul. Nampak tak? Kalau anda ada menetapkan matlamat yang jelas contoh 30hb Mac 2009 anda nak duit itu terkumpul maka disini anda akan lebih rasa bertanggungjawap. Jika tanpa matlamat saya yakin usaha anda kerap terbengkalai kerana dalam proses perjalanan perancangan itu pasti [+]

24
Oct

Kegagalan untuk membuat perancangan seolah-olah anda merancang untuk gagal.Bayangkanlah jika anda pergi ke sesuatu destinasi yang belum anda sampai, apakah yang anda lakukan. Adakah anda 'start' kereta dan terus menuju kesitu. Saya pasti setidak-tidaknya anda tentu akan menyelidik dengan kawan-kawan dan untuk mengetahui arah dan pelan sebagainya. Ini menunjukkan anda telah membuat perancangan lebih awal. Anda berbuat sedemikian kerana anda tidak mahu tersesat dan membuang masa semasa dalam perjalanan itu nanti. Jadi anda nampak rasionalnya sama juga jika anda hendak menjalankan sesuatu bisnes. Tanpa perancangan yang saya ibaratkan 'peta jalan', saya pasti anda akan tersesat. Bila sudah sesat bukan sahaja anda membazirkan masa malah anda juga membazirkan tenaga dan wang ringgit anda. Bila anda sudah membuat perancangan, perkara kedua yang juga penting dan ramai orang yang memandang ringan dan remeh perkara ini ialah [+]

24
Oct

Yaa! Kalau nak berjaya jangan terlalu fokus sangat membaca ebook.Kenyataan ini ditujukan khas untuk newbie yang berhajat nak mulakan atau menjana duit di internet. Tapi jangan disalah tafsir apa yang cuba saya kupaskan ini. Maksud yang kena anda faham ialah jangan 'OVERLOADED INFORMATION' dalam kepala otak anda. Terlalu banyak kes berlaku pada newbie yang terlalu sangat mengkaji perniagaan internet ini dengan membaca terlalu banyak ebook dan akhirnya bukan saja duit tidak dapat dihasilkan malahan memulakan perniagaan pun belum. Perkara ini yang saya tidak mahu berlaku pada anda semua. Saya tidak nafikan kita perlu membaca untuk mendapatkan maklumat asas. Ya! ASAS....faham betul-betul yang saya tekankan ialah asas bukan sehingga menjadi expert. Dengan asas kita sudah boleh memulakan langkah pertama. Langkah pertama inilah yang penting. Tanpa langkah pertama kita tidak akan ke mana-mana, ingatlah kenyataan ini. Saya [+]

23
Oct

Semua orang sibuk bercerita pasal ebay kebelakangan ini. Kenapa tiba-tiba begitu glamour ebay ni? Ebay merupakan salah satu cabang ruang perniagaan di platform internet.  Iannya bukanlah benda yang baru dan asing di persada internet ini. Ebay dah lama bertapak di internet dan telah menjalankan urusniaga berbillion Ringgit.

Ramai IM mengakui perniagaan di ebay lebih mudah untuk dipelajari dan menjana pendapatan. Walaupun saya kata mudah, tapi hakikatnya anda perlulah belajar dan berusaha. Sebenarnya dalam kamus perniagaan ini tiada jalan singkat dan cara mudah. Hanya ketekunan dan usaha yang berterusan yang menjadi X faktor segalanya. Ebay cuma medium sahaja, yang lain anda yang menentukan hasilnya.

Tambahan sekarang anda beruntung kerana terdapat beberapa IM di Malaysia ini yang sanggup berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka didalam ebook. Kini anda lebih mudah untuk memulakan perniagaan di ebay [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations