Yang Keduanya:- Minda Yang Betul-Think Positive Apabila kita mempunyai minda yang betul iaitu minda untuk berjaya, kita pasti boleh berjaya. Anda tahu kan kuasa minda. Jadi dengan minda ini kita akan sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan kemampuan kita. Ianya dapat meransang tindakan yang kita lakukan atau apa saja yang hendak dilaksanakan. Anda seharusnya bijak mengawal emosi bila berlaku sesuatu halangan atau rintangan dan semestinyanya bijak menggunakan pemikiran supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru. Mudah 'give up' apabila berlaku sesuatu kegagalan atau tidakmencapai apa yang disarankan dalam perniagaan haruslah diketepikan. Anggaplah ianya satu ujian kerana sesungguhnya kawan karib kegagalan adalah kejayaan. Lebih cepat anda gagal maka lebih cepatlah anda akan berjaya. Sudahkah Anda bersedia? [+]

Persekitaran Malaysia hari ini semakin meriah, disana-sini trend orang berlumba-lumba ingin menjana pendapatan di internet. Bukan sekadar bagi menampung kos kehidupan seharian malah sudah ramai yang ingin jadi jutawan seperti Dr. Irfan Khairi. Siapa yang tidak kenal beliau, dah laris macam artis lagi sekarang ni, tidak lupa juga ramai lagi IM di Malaysia yang tidak tersebut disini. Namum timbul persoalan yang berserabut dikepala, bagaimana mereka melakukannya. Yang Pertamanya:- Tingkat  Ilmu Di Dalam Diri Tujuan anda menjalankan perniagaan sudah tentu inginkan satu perniagaan yang berdaya saing. Dengan ini sudah tentu anda seharusnya perlu tingkatkan  ilmu pengetahuan dalam erti kata lain belajar sedikit sebanyak dunia perniagaan yang boleh menguntungkan anda.  Untuk tingkatkan ilmu ini kita boleh menghadiri seminar, bengkel, beli buku atau ebook dan baca artikel-artikel yang berkaitan. Hari ini kita juga boleh mendapatkan maklumat di internet melalui forum-forum dan juga blog, contohnya blog rizalosman.com [+]

Selalunya bila kita diajukan soalan sebegini, kita mula terdiam sejenak dam mula memikirkan yang mana sebaiknya. Kita mula terfikir zaman sekarang memanglah duit sangat penting. Walaupun ada mengatakan "money cannot buy everthing" tetapi kita tidak dapat menafikan dengan duit macam-macam kita boleh buat. Tetapi masa juga penting juga dalam kehidupan kita. Bayangkan jika mempunyai duit yang banyak tetapi tiada masa  langsung untuk keluarga mahupun untuk diri sendiri. Hendak habiskan masa cuti hujung dengan keluarga tersayang pun tidak sempat, asyik kerja...kerja.....kerja! nak cari duit le katakan. Masa itu saya pasti kita akan merasa dunia ini sungguh tidak adil. JADI APA PILIHAN ANDA? Tidak sepatutnya soalan sebegini kan.....Kalau saya, saya hendak kedua-duanya sekali Duit & Masa. Tiada kompromi untuk ini. Selagi kita membenarkan soalan pilihan ini selagi itulah kita tiada pilihan (faham tak ni.....saya pun konfius). Maksud saya kita tidak patut membiarkan orang lain memberi [+]

25
Oct

Itulah yang selalu kita dengari kalau berbicara dengan bangsaku. Setiap kali kita berbincang pasal berniaga inilah soalan favourate yang keluar seolah-olah sebati dengan masyarakat orang melayu kita. Soalan favourate ini selalunya tidak berakhir disini sahaja. Tengok naa.... Katakan saya jawap soalan ini, "Kita berniaga tudung". Agak-agak apa pula jawapannya."Aku takde modal laa....". Ok! Now saya bagi modal RM1000.00. Cuba fikirkan jawapan apa pula yang bakal kita dengari. Kebiasaannya, "Nak berniaga kat mana haa..." Next saya bagi tempat atau ruang berniaga, katakanlah di pasar malam ataupun kat internet. Teka ! Apa lagi yang dia jawap, "Aku tak pandailah  nak berniaga, keluarga aku bukan ada yang meniaga-niaga ni.... manalah aku ada pengalaman". Jadi anda nampak tak senario cerita ni. Boleh buat skrip filem kalau kita ikutkan persoalan ini.Sebab dalam post sebelum ini saya kata kita asyik buat alasan sedangkan orang lain sibuk buat duit. Sekarang anda [+]

25
Oct

"Jika kita tidak menjadi jutawan, maka tergolonglah kita dalam orang-orang yang kerugian" Teringat saya pada petikan Chef Li yang terkenal dengan buku Jutawan Senyap ketika saya menghadiri dalam satu seminar di Kuala lumpur 3 tahun lepas. Menurut beliau lagi kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur dengan kemewahan dinegara kita ini. Jadi tidak sepatutnya kita tidak mengambil peluang ini sedangkan ramai lagi rakyat pendatang memanfaatkan peluang yang tersedia ini. Bak kata pepatah orang lain sibuk buat duit kita asyik buat alasan. Orang lain dah beribu-ribu bawa balik duit ke seberang tetapi kita disini masih bergerak pun tidak.

Menurut Islam 9/10 rezeki itu datang dari hasil perniagaan, kita selalu dengar dan sedar perkara ini tetapi yang sedihnya kita tidak pernah implimitasikan suruhan ayat tersebut. Amat sedih sekali terutama bagi kita umat yang beragama islam.

Sampai bila kita hendak duduk didalam Zon [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations