Itulah yang selalu kita dengari kalau berbicara dengan bangsaku. Setiap kali kita berbincang pasal berniaga inilah soalan favourate yang keluar seolah-olah sebati dengan masyarakat orang melayu kita. Soalan favourate ini selalunya tidak berakhir disini sahaja. Tengok naa….
Katakan saya jawap soalan ini, “Kita berniaga tudung”. Agak-agak apa pula jawapannya.”Aku takde modal
laa….”. Ok! Now saya bagi modal RM1000.00. Cuba fikirkan jawapan apa pula yang bakal kita dengari.
Kebiasaannya, “Nak berniaga kat mana haa…” Next saya bagi tempat atau ruang berniaga, katakanlah di pasar malam ataupun kat internet. Teka ! Apa lagi yang dia jawap, “Aku tak pandailah nak berniaga, keluarga aku bukan ada yang meniaga-niaga ni…. manalah aku ada pengalaman”.
Jadi anda nampak tak senario cerita ni. Boleh buat skrip filem kalau kita ikutkan persoalan ini.Sebab dalam post sebelum ini saya kata kita asyik buat alasan sedangkan orang lain sibuk buat duit. Sekarang anda percaya kenapa kita tak boleh maju. Sebab kita ini terlalu bergantung dan tiada keyakina dalam diri kita.
Persoalan disini bukan Nak Berniaga Apa….? Tapi mahu tak kita berniaga. Bak kata pepatah hendak seribu
daya tak nak seribu dalih. Setiap insan yang dilahirkan kedunia mempunyai otak yang sama, tak kiralah
melayu ke, cina ke, orang putih ke! Yang buat tak sama cuma cara kita berfikir, itu aje. Jadi jangan buat alasan tapi buat sesuatu yang manfaatkan hidup anda.
Perniagaan di internet merupakan satu platform yang boleh diceburi sesiapa pun. Ambil peluang yang terbuka ini dan belajarlah sehingga berjaya.
Share on Facebook
Leave a Reply
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...





