“Jika kita tidak menjadi jutawan, maka tergolonglah kita dalam orang-orang yang kerugian” Teringat saya pada petikan Chef Li yang terkenal dengan buku Jutawan Senyap ketika saya menghadiri dalam satu seminar di Kuala lumpur 3 tahun lepas. Menurut beliau lagi kita sebagai rakyat Malaysia patut bersyukur dengan kemewahan dinegara kita ini. Jadi tidak sepatutnya kita tidak mengambil peluang ini sedangkan ramai lagi rakyat pendatang memanfaatkan peluang yang tersedia ini. Bak kata pepatah orang lain sibuk buat duit kita asyik buat alasan. Orang lain dah beribu-ribu bawa balik duit ke seberang tetapi kita disini masih bergerak pun tidak.
Menurut Islam 9/10 rezeki itu datang dari hasil perniagaan, kita selalu dengar dan sedar perkara ini tetapi yang sedihnya kita tidak pernah implimitasikan suruhan ayat tersebut. Amat sedih sekali terutama bagi kita umat yang beragama islam.
Sampai bila kita hendak duduk didalam Zon Keselesaan ini. Cukuplah tu…..marilah kita sama-sama tekadkan niat dan lakukan sesuatu untuk anak cucu kita sungguhpun bukan untuk diri kita sendiri. Saya juga pernah terbaca didalam sebuah buku Bisnes Orang Cina; orang cina mempunyai sifat yang menyanjungi seseorang yang menjalankan perniagaan sendiri biarpun sekadar buka meja ditepi jalan daripada seorang yang berpangkat Pengarah tetapi bekerja dengan orang. Pada mereka orang yang makan gaji ni tidak ada kelas seperti orang yang berniaga sendiri walaupun pangkatnya besar. Sebab itu bangsa mereka boleh maju, jadi kita jangan cemburu dengan kejayaan mereka ini, yang sepatutnya kita lakukan ialah mulakan tanamkan pada jiwa dan minda kita Mentaliti Berniaga.
Latihlah anak-anak kita dan selalu tanamkan dalam minda mereka perihal mulianya orang yang berniaga ini. Tidak payah pergi jauh, ambil sahaja contoh Rasullullah s.a.w kita yang bukan sahaja berniaga malah menjadi perniaga yang berjaya dan disegani pada satu ketika dahulu.
Sudah teralu banyak contoh sudah kita dengari, ini tidak termasuk seruan dan galakkan yang dicanangkan oleh kerajaan kita sendiri. Ayuh lah rakan-rakan ku kita mulakan langkah pertama kita. Nak berniaga apa….? Kita sambung nanti. Tunggu……………..
Share on Facebook
Leave a Reply
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...





