Yaa! Kalau nak berjaya jangan terlalu fokus sangat membaca ebook.Kenyataan ini ditujukan khas untuk newbie yang berhajat nak mulakan atau menjana duit di internet. Tapi jangan disalah tafsir
apa yang cuba saya kupaskan ini.
Maksud yang kena anda faham ialah jangan ‘OVERLOADED INFORMATION’ dalam kepala otak anda. Terlalu banyak kes berlaku pada newbie yang terlalu sangat mengkaji perniagaan internet ini dengan membaca terlalu banyak ebook dan akhirnya bukan saja duit tidak dapat dihasilkan malahan memulakan perniagaan pun belum. Perkara ini yang saya tidak mahu berlaku pada anda semua.
Saya tidak nafikan kita perlu membaca untuk mendapatkan maklumat asas. Ya! ASAS….faham betul-betul yang saya tekankan ialah asas bukan sehingga menjadi expert. Dengan asas kita sudah boleh memulakan langkah pertama. Langkah pertama inilah yang penting. Tanpa langkah pertama kita tidak akan ke mana-mana, ingatlah kenyataan ini.
Saya yakin sebaik sahaja anda memulakan langkah pertama ini anda akan menghadapi banyak masalah dan rintangan. Bukan niat nak menakutkan tapi inilah kenyataan yang perlu dihadapi setiap newbie.
Tetapi jangan anggap ini masalah utama, tapi lebih kepada proses perjalanan dan mematangkan usahawan internet itu sendiri. Dalam proses inilah anda akan belajar satu per satu dan sambil itu tingkatkan ilmu anda dengan pembacaan ebook yang berkaitan.
Jadi anda kena lebih fokus dan fokus pada praktikal dari teori sahaja. Sekarang dah tahu, apa lagi jom kita mulakan sekarang juga.
Share on Facebook
Leave a Reply
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...





