Post ini merupakan sambungan dari post yang lepas.
Saya cuba kongsikan langkah-langkah yang boleh kita lakukan bagi mengusai minda kita sendiri. Sebab itu saya letak tajuk post hari ini , kita kena jajahi minda sendiri.
1: Fikirkan apa yang anda impikan atau mahukan dan mulakan sematkan impian itu didalam
fikiran anda. Teknik ini dilakukan dengar anda meletakkan satu gambaran kejayaan
anda. Contohnya kalau anda jadi top seller MLM, bayangkan bila anda berjaya anda sedang
terima satu anugerah khas diatas pentas dengan kehadiran beribu-ribu manusia.Anda boleh
bayangkan apa saja yang anda inginkan. Dengan penuhi gambaran kejayaan ini ianya
menjadi satu proses pengaktifan minda separuh sedar dan akhirnya minda anda sendiri
mendapat dorongan atau kita telah berjaya ’set something’ seperti yang saya tulis dalam
post sebelum ini. Bila dah ’set something’ kita sudah ‘program’ kan minda kita untuk
mengerakkan tingkah laku kita untuk mencapai apa jua kejayaan.
2: Sesudah kita penuhi gambaran, sekarang anda sebutkan apa yang anda inginkan dengan
jelas. Kalau orang Islam ini merupakan perlakuan seperti kita mengucap KALIMAH SHAHADAH
sesudah kita mempercayai dan mengakui kita beragama Islam. Ini kerana dengan menyebut
secara automatiknya minda tadi berfungsi dengan lebih sempurna. Ini seolah-olah kita ‘firm’
kan dengan apa yang kita hajati. Kalau boleh anda perlu ucapkan dengan jelas setiap hari
atau setiap pagi anda bagun dari tidur. Ianya seperti anda ‘refresh’ minda anda setiap hari.
3: Letakkan satu bayangan pada masa hadapan apa yang anda boleh miliki atau lakukan setelah
anda berjaya. Contohnya, kalau anda sudah berjaya anda hendak melancung ke Hawai, jadi
bayangkanlah anda sedang bersantai dengan awek ke isteri ke kat tepi pantai sambil minum
fresh oren. Atau anda bayangkan anda makan kat atas Effel Tower dan macam-macam lagi
apa yang anda suka.
4: Untuk membuatkan kita lebih bersemangat kita perlu satu unsur yang setiap
manusia perlukan iaitu emosi. Ini penting sebagai satu pembakar semangat.Anda perlu cari
satu perkara yang mebuatkan anda beremosi. Contohnya(contoh lagi….) anda perlu kejayaan
ini sebagai membalas jasa ibu anda. Jika anda tidak berjaya anda a berasa seolah-olah
anda telah mengecewakan harapan ibu anda.
5: Paling penting anda perlu percaya dan yakin terhadap diri anda sendiri. Tiada siapa boleh
merubah diri anda kecuali diri anda sendiri.
6: Akhir sekali jangan lupa sentisa berdoa kepada-Nya, dialah maha berkuasa lagi mengetahui
segala-galanya dimuka bumi.
Leave a Reply
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...





