17
Oct

Oops! Jangan salah faham yee…. Bukan maksudnya begitu. Untuk apa kita beli ebook? Kenal pasti dahulu, apa tujuan kita. Samada untuk menambahkan ilmu didada ataupun sekadar memuaskan nafsu dan rambang mata kita. Kalau niat untuk tambah ilmu untuk menjadi usahawan internet maka pastikan FOKUS kita betul.

Fokus kita nak buat duit jadi janganlah kita  membazir duit pula! Tak salah untuk membeli ebook jika kita benar-benar perlukan maklumat didalamnya. Yang salah tu kalau sudah beli ebook tu menjadi hiasan dalam komputer kita. Kesian hardisk komputer tu menyimpan maklumat yang tak digunakan.

Jadi kita perlulah menjadi pengguna yang bijak. Jika membeli pastikan ebook itu di “Utilise” sepenuhnya. Maksudnya baca, buat ulangkaji dan praktikan segala maklumat yang terdapat selepas kita fahaminya. Nanti tak lah macam kita membakar duit kita saja.

Banyak yang didengar dari kalangan newbie menghabiskan duit membeli ebook di internet tapi akhirnya menjadi koleksi sahaja. Malah lebih dukacitanya lagi ada sebahagian ebook tu belumpun dibuka lagi.

Amat malang jika ini berlaku berlaku pada diri kita. Sayangilah duit anda!

Share on Facebook
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Twitter
  • MySpace

Leave a Reply

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations