Yang Kelimanya:- Strategi Pemasaran Yang Efektif & Bersistem Sekali lagi anda perlu menggunakan kaedah promosi yang efektif pada pasaran sasaran anda. Walau sebaik manapun produk dan perkhidmatan anda, ianya tidak akan mendatangkan hasil pada perniagaan anda jika tiada siapapun yang ketahui keujudan perniagaan anda. Tiba masanya untuk anda tukar produk atau perkhidmatan anda kepada $$$$$$$$ sekarang. Sekarang anda perlu melaksanakan startegi pemasaran dengan melakukan praktikal dan bukannya teori lagi. Ini merupakan langkah utama dalam survival perniagaan. Ianya perlu berfungsi dengan sebaiknya. Cara manakah yang paling efektif dalam pemasaran? Ianya adalah perkara yang subjektif. Ianya menuntut satu kesenian untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda. Ramai orang yang tahu berniaga tapi tidak ramai yang mengambil berat aspek ini. Apa yang boleh saya kongsikan bersama disini, gunakanlah segala saluran yang ada. Sama ada saluran media cetak, elektronik, poster, flyers, bussiness card, viral marketing dan sebagainya. Kerana setiap [+]
Yang Keempatnya:- Kenal Pasti Sasaran Pemasarannya Setelah yakin dengan kaji selidik yang anda lakukan, maka tiba masanya anda memperkenalkan 'hot' produk atau perkhidmatan kepada pasaran. Sudah tentu kepada pasaran yang mempunyai permintaan produk atau perkhidmatan tersebut. Jadi di sinilah anda boleh lihat kepentingan pada sasaran pemasaran anda. Anda perlu tahu kepada golongan manakah sasaran anda? Anda perlu tahu lebgkap bakal pembeli anda, umur, jantina, status kerjaya, minat dan sebagainya. Kenapa ianya begitu penting? Dengan mengetahui maklumat dan latarbelakang sasaran anda maka dengan mudah anda merangka strategi promosi dan pemasaran produk dan perkhidmatan anda. [+]
sambungan Contoh mudah ialah anda tidak perlu mempunyai produk atau servis sendiri bagi menjalankan ebiz, cukup dgn jadi agen atau affiliate sesuatu barangan atau servis dan dapat komisyen keuntungan dari setiap jualan. Biasanya, barangan/servis dengan cara affiliate anda takkan menanggung risiko rugi kerana anda tidak perlu mengeluarkan modal sebaliknya pengeluar barangan/servis itulah yang menyediakan barangan danmembayar komisyen kepada anda Amalkan SWOT Analysis, buat kajian tentang diri, keupayaan serta persekitaran anda. Contohnya Strenght(kekuatan/keupayaan yang anda miliki) , Weaknesses(kelemahan yang anda ada) , Opportunities (peluang² yanganda boleh gunakan) dan Threat (kenalpasti ancaman dan cabaran yang bakal dihadapi). Semua ini akan memberi 'clue' dan gambaran ttg produk atau servis yang sesuai dan bole anda laksanakan. Sudahkah Anda Kenal Pasti? [+]
Yang Ketiganya:- Produk atau Perkhidmatan Didalam mana-mana perniagaan kita tidak dapat lari dari menyediakan produk atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada pelanggan dalam perniagaan kita. Begitu juga dengan perniagaan internet. Anda seharunya perlu melakukan ujian iaitu ambil sedikit masa dengan membuat research di internet. Samada produk ataupun perkhidmatan kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Apa yang penting ianya mempunyai permintaan dan bukannya atas dasar syoksendiri! Disini anda perlu belajar mengenai demand & supply, bahasa melayunya permintaan dan penawaran. Tanpa ini sudah tentu perniagaan anda tidakakan berjaya. Sebab itu kenapa saya tekankan kepada anda, tawarlah sesuatu yang orang perlu dan mahu beli, pastikan iannya berkualiti dan bernilai untuk pelanggan. bersambung....... [+]
Yang Keduanya:- Minda Yang Betul-Think Positive Apabila kita mempunyai minda yang betul iaitu minda untuk berjaya, kita pasti boleh berjaya. Anda tahu kan kuasa minda. Jadi dengan minda ini kita akan sentiasa berfikiran positif dan yakin dengan kemampuan kita. Ianya dapat meransang tindakan yang kita lakukan atau apa saja yang hendak dilaksanakan. Anda seharusnya bijak mengawal emosi bila berlaku sesuatu halangan atau rintangan dan semestinyanya bijak menggunakan pemikiran supaya tidak mengambil tindakan yang terburu-buru. Mudah 'give up' apabila berlaku sesuatu kegagalan atau tidakmencapai apa yang disarankan dalam perniagaan haruslah diketepikan. Anggaplah ianya satu ujian kerana sesungguhnya kawan karib kegagalan adalah kejayaan. Lebih cepat anda gagal maka lebih cepatlah anda akan berjaya. Sudahkah Anda bersedia? [+]
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...




