Sebab #2 : Ilmu Kewangan Yang Teruk Kunci kekayaan terletak kepada pemahaman tentang aset dan liabiliti. Perbezaanya saya ringkaskan disini: Aset adalah sesuatu yang masukkan duit kepoket anda. Hutang pula ialah sesuatu yang keluarkan duit dari poket anda. Aset : Wang masyuk Liabiliti: Wang keluar Ramai orang yang berfikir bahawa rumah, kereta dan harta benda adalah aset mereka. Tetapi, yang sebenarnya ialah hampir semuanya menyebabkan anda keluarkan wang dari poket anda. Mereka MAHUKAN wang daripada anda. Mereka tidak BERIKAN anda wang. Oleh itu, daripada definisi diatas, semuanya itu adalah liabiliti = hutang! Bila anda mempunyai wang yang banyak MASUK daripada aset yang sebenar daripada wang yang KELUAR untuk membayar liabiliti, anda akan bebas dari segi kewangan. [+]
Sebab #1 : Menunggu Untuk Bermula Hampir semua orang tidak mahu menunggu untuk berjaya. Tetapi, pada masa yang sama, mereka sanggup menunggu untuk mula melangkah ke arah kejayaan. Nampakkah anda masalahnya disini? Lagi lama anda menunggu untuk bermula, lama lagi untuk anda menjana wang, kejayaan dan gayahidup yang anda mahukan. Ramai orang yang menunggu sehingga semuanya sempurna sebelum mereka bertindak. Oleh sebab itu, mereka tidak akan bergerak dan tidak akan mendapat ganjarannya. Tiada perlumbaan yang akan dimenangi (atau diakhiri) oleh seseorang yang tidak melepasi garis permulaaan. Jangan menunggu untuk bertindak. Mulakan hari ini dengan melangkah ke arah kejayaan. Ikuti sambungan dalam Siri 2 nanti. [+]
Hari ni cuma nak kongsikan satu tip penjimatan yang saya dapat dari email Saudara Razif Yusof. Mungkin tip ini dapat kebaikkan kita bersama. Saya akan kongsikan dengan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka- mereka yang telah berjaya dalam hidup. Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda. Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan? Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian: 70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda. Anda boleh melakukannya dengan penjimatan yang realistik. Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%) sahaja pada bulan tersebut. Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan! -10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. [+]
Kebelakangan ini begitu rancak sekali warga Malaysia yang mengambil peluang buat duit dengan ber ebay. Tidak dinafikan juga ramai juga yang sudah berjaya memperolehi pendapatan sehingga mencecah 5 angka. Ini secara tidak langsung seminar dan juga personnel coaching yang berkaitan dengan ebay tumbuh bak cendawan. Tetapi disini penulis ingin menasihati para newbie berhati-hati didalam memilih personnel coaching. Pastikan ianya betul berfungsi sebagai konsultan kita. Banyak yang penulis baca di forum-forum di Malaysia yang komplen pasal ketidak puas hatian terhadap apa yang diorang dapat selepas menghadiri personnel coaching. Jangan sampai duit yang dikejar tidak dapat, duit didalam poket lagi lesap kat tokey personnel coaching. Apa-apa pun baik para newbie survey kat forum-forum untuk mengetahui latar belakang dan juga mungkin komen-komen terhadap mana-mana yang organise kan personnel coaching ini. Kadang-kadang ni dengan berforum sahaja kita sudah boleh dapat macam-macam idea pasal benda yang [+]
Post ini merupakan sambungan dari post yang lepas. Saya cuba kongsikan langkah-langkah yang boleh kita lakukan bagi mengusai minda kita sendiri. Sebab itu saya letak tajuk post hari ini , kita kena jajahi minda sendiri. 1: Fikirkan apa yang anda impikan atau mahukan dan mulakan sematkan impian itu didalam fikiran anda. Teknik ini dilakukan dengar anda meletakkan satu gambaran kejayaan anda. Contohnya kalau anda jadi top seller MLM, bayangkan bila anda berjaya anda sedang terima satu anugerah khas diatas pentas dengan kehadiran beribu-ribu manusia.Anda boleh [+]
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...




