Sudah 6 bulan blog ini tidak di update.....itu yang matinya. Tetapi hari ini ianya dihidupkan semula untuk terus bersama-sama merancakkan aktiviti blogging di Malaysia ini. Bukan give up atau pun merajuk tetapi banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu. Tak perlulah diulas dan diberi alasan , cukuplah dengan muhasabah diri sendiri. Sepanjang 6 bulan itu juga bermacam-macam perjalanan sebagai internet marketer dikaji dan dipelajari. Ini termasuklah fokus terus-terusan mengali lubuk di e-bay. Tidak dinafikan sememangnya untuk mencari sedikit rezeki di ebay tidaklah sukar. Tetapi untuk meningkatkan sales sehingga menjadi power seller memerlukan ilmu yang lebih tinggi. Itu yang kena bertapa tu....... Anyhow lubuk emas di ebay memang menjanjikan sesuatu kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha dan inginkan duit tambahan ataupun side income. [+]
Siapa yang tak kenal MoneyCEO atau lebih mesra pada saya dengan panggilan Mas Dino. Kalau tak tahu boleh rujuk di blog beliau jutawanblog . 2 malam lepas saya berkesempatan bertemu beliau di Ipoh. Banyak benda yang kami bualkan dari personal hinggalah ke perihal projek-projek yang dirancangkan.
Saya sungguh kagum dengan Mas Dino, banyak perkongsian dan inspirasi yang ditimba semasa pertemuan tersebut. Tak lupa juga pada projek terdekat beliau KuasaJutawan(mungkin berubah nama). Saya yakin KuasaJutawan beliau benar-benar akan merubah persekitaran IM Malaysia dalam masa terdekat ini. Ini bukan nak promosi free tau.....malam tu saya juga berkesempatan melihat saleletter yang bakal menemui anda kalau tak silap saya pada 15hb December ini. Tunggu tau! Mas Dino pasti membuat anda teruja dan kita akan sama-sama menikmati faedahnya.
[+]Agak lama juga saya tak buat post kat sini. Sibuk sikit dengan projek-projek seharian. Moga pembaca di blog ini sihat selalu maklumle musim-musim hujan ni. Pada sesiapa yang berada di kawasan rendah pastikan anda sentiasa didalam keadaan yang bersedia. Macam mana pun kita hendaklah sentiasa produktif dengan apa yang kita lakukan walaupun dalam musim tengkujuh ni. Post kali pendek saja, cuma saya ingin mengajak anda yang masih belum mencuba berniaga di internet, jangan berlengah lagi kerana semakin ramai mereka telah menceburi ebizz ni dan telah berjaya menjana wang secara online. Mungkin anda berminat nak berniaga online, tapi jangan terus berhasrat untuk buat secara online dan berhenti kerja, kerana belum tentu anda akan berjaya. Asasnya, mereka yang berjaya adalah terdiri dari mereka yg. bermula secara sambilan dan seterusnya sepenuh masa. Jika anda gagal, maka ia tidak menjejaskan apa-apa kerana anda telah mencuba dan masih mempunyai kerjaya, tetapi [+]
Perubahan cuaca global memang terasa sangat kesannya. Tidak dinafikan saya yang tinggal di Seri Manjung pun terasa bahangnya. So kerana kasihan dengan anak-anak yang selalu merengek, saya pun mengambil keputusan memasang sebuah lagi aircond kat bilik tidur. Tapi bukan tujuan utama nak cerita pasal aircond ini. Ada moral of story dari kejadian yang berlaku saya nak kongsikan disini. Pendekkan cerita semasa pemasangan aircond petang tadi saya tiada dirumah. Hanya isteri dan anak-anak sahaja. Sebaik saya tiba dirumah saya terus membelek invoice yang dicajkan pada isteri saya. It nothing seem wrong. Tetapi saya terperasan caj extra copper tube yang dikenakan. Standard pembelian aircond akan dibekalkan copper tube sepanjang 5kaki. Tetapi dalam invoice tu isteri saya dicajkan extra 8 kaki copper tube. Jadi disini maksudnya total penggunaan copper tube untuk pemasangan aircond adalah 13 kaki. Maklumlah saya ini engineer.....(bukan nak bangga pulak). Dengan [+]
Selalunya bila kita diajukan soalan sebegini, kita mula terdiam sejenak dam mula memikirkan yang mana sebaiknya. Kita mula terfikir zaman sekarang memanglah duit sangat penting. Walaupun ada mengatakan "money cannot buy everthing" tetapi kita tidak dapat menafikan dengan duit macam-macam kita boleh buat. Tetapi masa juga penting juga dalam kehidupan kita. Bayangkan jika mempunyai duit yang banyak tetapi tiada masa langsung untuk keluarga mahupun untuk diri sendiri. Hendak habiskan masa cuti hujung dengan keluarga tersayang pun tidak sempat, asyik kerja...kerja.....kerja! nak cari duit le katakan. Masa itu saya pasti kita akan merasa dunia ini sungguh tidak adil. JADI APA PILIHAN ANDA? Tidak sepatutnya soalan sebegini kan.....Kalau saya, saya hendak kedua-duanya sekali Duit & Masa. Tiada kompromi untuk ini. Selagi kita membenarkan soalan pilihan ini selagi itulah kita tiada pilihan (faham tak ni.....saya pun konfius). Maksud saya kita tidak patut membiarkan orang lain memberi [+]
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...




