Rasanya belum terlambat lagi bagi penulis untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca yang beragama Islam. Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati dan mendapat kerahmatanNya. Bagi yang bukan beragama Islam tempias dan bahang Ramadhan ini pasti juga terasa terutama dipasar-pasar Ramadhan. Tadi penulis melihat berduyun-duyun orang ke pasar Ramadhan di kawasan penulis tinggal daerah Manjung ini. Termasuklah kaum-kaum Cina dan India juga mengambil kesempatan membeli juadah-juadah yang semuanya sedap-sedap belaka. Apappun penulis berharap dan berdoa semoga Ramadhan ini adalah terbaik untuk kita daripadaNya. Semoga kita termasuk dari orang yang mengerjakan ibadat puasa dengan ikhlas dan sempurna untuk mendapat keredhaan Allah dan menjadi muslim yang bertaqwa dan sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kebajikan. Saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau sebarang kesilapan yang saya lakukan terhadap anda sama ada secara sengaja atau tidak semasa menulis disini. [+]
Bulan Julai memang sibuk dengan berbagai aktiviti samada dalam hal bisnes dan juga kerja harian. Awal bulan Julai lepas ni 2 minggu saya bertapa di Langkawi. Bukan makan angin tau tapi oustation buat Factory Acceptance Test untuk RHIB boat . So kat Langkawi saya lepak kat Aseana Resort. Sekali-sekala buat kerja luar ni fun juga. Sempat juga explore pulau Langkawi sambil-sambil menjalankan kerja yang di amanahkan ni.
Nanti saya update kan video salah satu RHIB boat yang saya jalankan ujian. Ni bukan kerja yang calang-calang tau.......ujian ni dilakukan bersama-sama pegawai-pegawai TLDM(wakil kerajan). Kalau dia orang tak puas hati susah nak jawap ooooo. Tapi alhamdulillah semuanya dah berjalan lancar dan banyak kenangan sepanjang 2 minggu disana. At last dapat berkenalan dan lebih mesra dengan pegawai-pegawai TLDM ni. Walaupun sebelum ni [+]
Ok sambung balik. Lepas habis seminar RBDDI tu balik sebabnya lusa nak kena kerja. So sepanjang minggu tu sambil kerja sambil praktikkan ilmu yang Saifulsham curahkan tu. Belum sempat reda dengan seminar RBDDI bergegas lagi aku dengan isteri tersayang ke KL....Bukan makan angin tapi berjumpa dengan SIFU EBAY AdwaniShah. Buat apa jumpa dia haa... Buat apa lagi ....teman isteri pelajari ilmu Sedut Duit Kat Ebay(SDKE). Banyak sungguh ilmu ebay yg Shah kongsikan sambil santai kat Starbucks Subang. Senang sungguh kalau tahu caranya. So actually myself dengan wife cuba fokus niche masing-masing tapi sambil-sambil tu keep helping each other. Sesuai dengan target kami suami isteri nak jadi Usahawan Internet yang berjaya. Doakan ye........ [+]
Memang sibuk dan padat dengan aktiviti sejak akhir bulan lepas. Tak sempat nak share dalam blog ini. Hari ini sementara ada masa ini, baik saya share apa aje yang tak sempat hari tu. Akhir bulan Mei lepas iaitu pada 30 hb. Mei 2009 bermulalah kesibukan aktiviti. Hari Sabtu itu memang best.... sebab berkesempatan attend seminar internet yang paling best kat Malaysia ini Seminar Buit Duit Dengan Internet(RBDDI). Ini merupakan langkah saya dalam mempersiapkan diri untuk menjadi Usahawan Internet yang sebenar dan berilmu. Terlalu banyak yang Syazwan dan Sabri kongsikan hari itu. Apapun yang penting saya mendapat teknik teknik yang betul. Mungkin selama hari ini main redah aje.....tapi hari ini tidak lagi. Yang paling best pasal seminar ini pada saya kerana mendapat sokongan berterusan sehingga benar-benar berjaya. Seharian di seminar itu tidak berasa masa yang berlalu. Sungguh padat dengan maklumat dan teknik-teknik Saifulsham. Kalau [+]
Hari ini saya mengambil satu lagi langkah kedepan. Langkah apa tu bro? Langkah dalam usaha saya untuk menjadi internet marketer yang berjaya. Hari ini saya akan menghadiri Seminar RBDDI Saifulsham di Hotel Melia Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi ini. Saya bertolak dari Perak semalam dengan seorang lagi kawan karibku. Kami menginap di sebuah hotel mudah kat area puduraya. Bukan hotelnya yang penting tapi ilmu yang hendak dicedok hari ini. Sebelum ini saya juga pernah menghadiri seminar Dr. Irfan Khairi pada penghujung tahun 2006. Tetapi hari ini saya sekali buat keputusan untuk meningkatkan dan menajamkan lagi ilmu internet marketer ini. Nanti akan dikongsikan ilmun-ilmunya dan aktiviti yang saya lakukan disini. [+]
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...




