Aktiviti sepanjang minggu ini memang sibuk. Sampai tak sempat nak update blog ini. Anyway hari ini penulis ingin berkongsi juga mengenai penganjuran seminar 4 Weeks To Freedom yang berlansung pada hari Sabtu lepas di Pulau Pinang. Memang "SUPERB"....itu yang boleh penulis katakan. Walaupun ianya PERCUMA(sempena menghargai pelanggan) tetapi pengisiannya cukup baik. Kalau saudara Zamri Nayan hendak mengaut keuntungan senang-senang saja harga penyertaan seminar ini boleh dikenakan RM1000++. Itu tak termasuk lagi perkongsian dari IM terkemuka Malaysia iaitu Patric Chan. Memang berbaloi habis semasa attend seminar ni. Penulis juga berkesempatan berkenalan dengan lebih rapat bebarapa lagi IM Malaysia seperti Ammar Zahar, Raja Kamil, Razif dan ramai lagi. Banyak pengalaman yang ditimba terutama untuk golongan yang newbie-newbie ini. Rasanya semua tip-tip yang dikongsi itu sudah cukup untuk membuat seseorang itu mengenali dan memulakan perniagaan internet yang sebenar. So hari ini penulis cuma hendak [+]
Mahu tidak mahu anda perlu menjadi pakar dalam hal untuk menjana trafik. Hanya dengan sistem Trafik anda mampu untuk menjana hasil wang dalam perniagaan di internet tidak kiralah samada agen affiliate, produk fixzikal mahupun produk digital. Ya! Anda perlu tahu cara untuk menarik trafik. (Ya, sudah tentu anda berminat untuk jana wang lumayan ). Teknik Menarik Trafik juga salah satu perkara penting daripada teknik pemasaran di internet atau pemasaran internet. Secara asasnya, ada banyak cara pemasaran yang betul, antara yang yang perlu anda ketahui adalah : 1 – Program Pengiklanan Pay Per Click 2 – Teknik Pemasaran Email 3 – Social Bookmarking / Web 2.0 4 – Pemasaran Ezine / Artikel 5 – Pemasaran Forum 6 – Viral 7 – SEO 8 – Blog 9 - Video Saya tidak akan menerangkan secara detail kaedah pemasaran yang sesuai untuk diaplikasikan dengan produk-produk anda kerana anda perlu menganalisa keberkesanannya mengikut kesesuaian bisnes anda. serta saya sertakan tips-tips yang penting bagi [+]
Yaa! Kalau nak berjaya jangan terlalu fokus sangat membaca ebook.Kenyataan ini ditujukan khas untuk newbie yang berhajat nak mulakan atau menjana duit di internet. Tapi jangan disalah tafsir
apa yang cuba saya kupaskan ini.
Maksud yang kena anda faham ialah jangan 'OVERLOADED INFORMATION' dalam kepala otak anda. Terlalu banyak kes berlaku pada newbie yang terlalu sangat mengkaji perniagaan internet ini dengan membaca terlalu banyak ebook dan akhirnya bukan saja duit tidak dapat dihasilkan malahan memulakan perniagaan pun belum. Perkara ini yang saya tidak mahu berlaku pada anda semua.
Saya tidak nafikan kita perlu membaca untuk mendapatkan maklumat asas. Ya! ASAS....faham betul-betul yang saya tekankan ialah asas bukan sehingga menjadi expert. Dengan asas kita sudah boleh memulakan langkah pertama. Langkah pertama inilah yang penting. Tanpa langkah pertama kita tidak akan ke mana-mana, ingatlah kenyataan ini.
Saya [+]
Oops! Jangan salah faham yee.... Bukan maksudnya begitu. Untuk apa kita beli ebook? Kenal pasti dahulu, apa tujuan kita. Samada untuk menambahkan ilmu didada ataupun sekadar memuaskan nafsu dan rambang mata kita. Kalau niat untuk tambah ilmu untuk menjadi usahawan internet maka pastikan FOKUS kita betul.
Fokus kita nak buat duit jadi janganlah kita membazir duit pula! Tak salah untuk membeli ebook jika kita benar-benar perlukan maklumat didalamnya. Yang salah tu kalau sudah beli ebook tu menjadi hiasan dalam komputer kita. Kesian hardisk komputer tu menyimpan maklumat yang tak digunakan.
Jadi kita perlulah menjadi pengguna yang bijak. Jika membeli pastikan ebook itu di "Utilise" sepenuhnya. Maksudnya baca, buat ulangkaji dan praktikan segala maklumat yang terdapat selepas kita fahaminya. Nanti tak lah macam kita membakar duit kita saja.
Banyak yang didengar dari kalangan newbie menghabiskan duit membeli [+]
Percaya atau tidak ramai dikalangan kita hari ini sudah mula membuat duit di internet. Tapi soalannya, "Betul ke senang nak buat duit kat internet ni?". Maka ramai juga yang rasa macam tertipu dan sebagainya. Maklum le ramai yang tertarik dengan saleletter sesebuah website yang menjual ebook dan sebagainya. Itulah yang saya namakan Saleletter Membunuh, yang berjaya menyentuh sanubari seseorang itu sehingga mengambil keputusan membelinya. Lihat sahaja perkataan RAHSIA!, KINI TERBONGKAR!!, XXX CARA MUDAH!, Siapa yang tak tertarik. Tapi tidak adillah saya berkata sedemikian, mungkin kenyataan diatas akan membuat para Internet Marketer Malaysia marah dengan kenyatan ini. Namun saya juga berhak berkongsi maklumat dan pengalaman demi tanggungjawap untuk memajukan bidang keusahawan internet ini. Percayalah! Bukan hanya dengan sebuah mana-mana ebook itu berupaya membuat anda terus berjaya ataupun mendapatkan RM pertama anda. Saya berkata ini atas platform khas untuk anda yang betul-betul newbie(orang baru [+]
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- Apabila Kalimah Allah Dibenark...
- Tip Penjimatan
- Selamat Tahun Baru 2010 –...
- Selamat Menyambut Ma’al ...




