Salam Semua, Macam mana hari ni! Masih lagi dalam mood cuti ke? Maklum le dapat cuti panjang sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini. Kepada yang mula bertugas saya mengucapkan selamat kembali bekerja. Ok, hari ini saya ingin berkongsi satu tip untuk kita renungkan bersama-sama. Mungkin ramai sudah mengetahui tapi masih ramai juga yang endah tak endah. Asasnya kita harus faham dua istilah ini, Buat Duit Di Internet(BDDI) adalah TIDAK SAMA dengan Perniagaan Di Internet(PDI). Logiknya disini, BDDI selalunya adalah program-program penjanaan wang seperti goggle adsense(kalau tak tahu tak mengapa lain kali kita boleh discus detail) dan sebagainya.Ini kerana program-program sebegini tidak memerlukan produk untuk menghasilkan duit. Manakala PDI pula melibatkan produk seperti yang saya terangkan sebelum ini. Kita menngunakan produk ikita sendiri ataupun gunakan produk orang lain untuk mendapatkan jualan. Dan produk ini juga terbahagi pula kepada beberapa kategori iaitu produk maklumat [+]
Sebab #5 : Tidak cukup sabar dan tiada keazaman Untuk menamatkan apa juga perlumbaan, anda mesti memecut daripada garisan permulaan dan mengikut terus sehingga ke garisan penamat. Ramai orang yang mencipta kegagalan mereka samada tidak bermula langsung atau tidak tamatkan, atau kedua-duanya sekali. Untuk menjana kekayaan, berjaya dan hidup bahagia anda mestilah mempunyai kesabaran dan keazaman untuk tiba ke garisan penamat. Anda bukan sahaja perlu bermula, tetapi mesti tabah mengharungi semuanya. Bunyinya mungkin sudah jelas, tetapi ianya masih menjadi punca kegagalan sesorang. Sebab itulah jika anda sanggup menyertai 5 peratus mereka yang mengikut 5 perkara diatas, anda mempunyai peluang yang besar untuk menempa kejayaan dan kemewahan. Mereka telah membuat pilihan, anda juga pun patut dengan memulakan langkah pertama dengan mencari maklumat disini. Ianya cukup mudah... anda perlu membuat keputusan untuk mengikut perkara diatas dan lihat perubahan pada hidup anda nanti. Tetapi, jika tidak, seperti kebanyakkan orang lain anda tetap seperti sekarang, sama seperti dulu. Inilah masanya untuk anda membuat keputusan. [+]
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- Apabila Kalimah Allah Dibenark...
- Tip Penjimatan
- Selamat Tahun Baru 2010 –...
- Selamat Menyambut Ma’al ...




