2009 akan meninggalkan kita dan 2010 bakal tiba. Hari ini saya akan tunjukan bagaimana orang biasa boleh mencapai kekayaan dan kebahagian. Saya telah lakukannya dan sekarang adalah masa untuk anda pula. Saya terbaca satu kajian yang mengejutkan dimana hampir 95% rakyat Malaysia yang telah berkerja sepanjang hidup mereka bersara dengan hampir RM5000 sahaja dibank! Cukup mengejutkan! Jangan menjadi 95% yang terpaksa bergantung kepada kerajaan, kebajikan dan sanak saudara untuk hidup dengan selesa selepas bersara kelak. Anda perlu bersedia dari sekarang. Sekarang, apa yang perlu kita lakukan... Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar. Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda: Kebahagiaan, kesihatan, kewangan, kebajikan dan sebagainya? Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda: keluarga, kareer, sukan, kerohanian dan seterusnya. Apa yang anda rancangkan dalam masa 1,2,3,5 tahun akan datang. Kemudian TULISKAN semuanya. Jangan hadkan fikiran anda, biarkan imaginasi anda berputar walaupun ianya nampak seperti "mustahil". (Daripada wira kepada BMW 5 Siri!) Perkara penting yang [+]

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam. Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam. Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah. Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik [+]

Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalam peperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalam peperangan dan bisnes. Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medan pertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes, memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniaga untuk gagal. 1. Risikan Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalah dibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi. Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyai ramai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalu melawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga, testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka juga selalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalam bisnes. Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Dari testimonial tersebut saya akan tahu [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | Burts Bees