29
May
Related entries:General

Hari ini saya mengambil satu lagi langkah kedepan. Langkah apa tu bro?  Langkah dalam usaha saya untuk menjadi internet marketer yang berjaya. Hari ini saya akan menghadiri Seminar RBDDI Saifulsham di Hotel Melia Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi ini. Saya bertolak dari Perak semalam dengan seorang lagi kawan karibku. Kami menginap di sebuah hotel mudah kat area puduraya. Bukan hotelnya yang penting tapi ilmu yang hendak dicedok hari ini. Sebelum ini saya juga pernah menghadiri seminar Dr. Irfan Khairi pada penghujung tahun 2006. Tetapi hari ini saya sekali buat keputusan untuk meningkatkan dan menajamkan lagi ilmu internet marketer ini. Nanti akan dikongsikan ilmun-ilmunya dan aktiviti yang saya lakukan disini. [+]

29
May
Related entries:General

Sudah 6 bulan blog ini tidak di update.....itu yang matinya. Tetapi hari ini ianya dihidupkan semula untuk terus bersama-sama merancakkan aktiviti blogging di Malaysia ini. Bukan give up atau pun merajuk tetapi banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh itu. Tak perlulah diulas dan diberi alasan , cukuplah dengan muhasabah diri sendiri. Sepanjang 6 bulan itu juga bermacam-macam perjalanan sebagai internet marketer dikaji dan dipelajari. Ini termasuklah fokus terus-terusan mengali lubuk di e-bay. Tidak dinafikan sememangnya untuk mencari sedikit rezeki di ebay tidaklah sukar. Tetapi untuk meningkatkan sales sehingga menjadi power seller memerlukan ilmu yang lebih tinggi. Itu yang kena bertapa tu....... Anyhow lubuk emas di ebay memang menjanjikan sesuatu kepada sesiapa sahaja yang rajin berusaha dan inginkan duit tambahan ataupun side income. [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | Burts Bees