27
Nov
Related entries:Bisnes

Bercakap mengenai permulaan membina bisnes internet, ramai yang merungut bahawa mereka sudahpun menghabiskan banyak wang untuk mencuba. Namun hasilnya belum lagi kelihatan. Kebanyakan daripada mereka yang merungut ini sebenarnya sedang cuba berlari sebelum mula menapak. Maksud saya, mereka sebenarnya masih lagi dalam proses pembelajaran dan belum pun lagi menapak di dalam bidang ini. Ya, pembelajaran mungkin akan mengambil proses yang lama bagi sesetengah individu dan ada yang akan cepat. Tetapi, ada beberapa cara untuk anda mempercepatkan proses pembelajaran tersebut. 1. melalui personal coaching 2. melalui seminar yang memberikan bimbingan sepenuhnya 3. melalui teamwork (seperti partnership) dan beberapa lagi. Pembelajaran melalui ebook pula mungkin akan mengambil masa yang lama bagi mereka yang baru. Ianya juga adalah murah berbanding cara yang saya nyatakan di atas. Anda boleh jimat wang sekarang tetapi anda akan mengambil masa yang panjang dan mungkin melalui kegagalan semasa mencuba. Atau anda keluarkan sejumlah wang untuk sesi personal coaching atau sesuatu seperti yang saya nyatakan di atas, dan short-cut pembelajaran anda untuk membina bisnes [+]

27
Nov

Siapa yang tak kenal MoneyCEO atau lebih mesra pada saya dengan panggilan Mas Dino. Kalau tak tahu boleh rujuk di blog beliau jutawanblog . 2 malam lepas saya berkesempatan bertemu beliau di Ipoh. Banyak benda yang kami bualkan dari personal hinggalah ke perihal projek-projek yang dirancangkan.

Saya sungguh kagum dengan Mas Dino, banyak perkongsian dan inspirasi yang ditimba semasa pertemuan tersebut. Tak lupa juga pada projek terdekat beliau KuasaJutawan(mungkin berubah nama). Saya yakin KuasaJutawan beliau benar-benar akan merubah persekitaran IM Malaysia dalam masa terdekat ini. Ini bukan nak promosi free tau.....malam tu saya juga berkesempatan melihat saleletter yang bakal menemui anda kalau tak silap saya pada 15hb December ini. Tunggu tau! Mas Dino pasti membuat anda teruja dan kita akan sama-sama menikmati faedahnya.

[+]

22
Nov

Agak lama juga saya tak buat post kat sini. Sibuk sikit dengan projek-projek seharian. Moga pembaca di blog ini sihat selalu maklumle musim-musim hujan ni. Pada sesiapa yang berada di kawasan rendah pastikan anda sentiasa didalam keadaan yang bersedia. Macam mana pun kita hendaklah sentiasa produktif dengan apa yang kita lakukan walaupun dalam musim tengkujuh ni. Post kali pendek saja, cuma saya ingin mengajak anda yang masih belum mencuba berniaga di internet, jangan berlengah lagi kerana semakin ramai mereka telah menceburi ebizz ni dan telah berjaya menjana wang secara online. Mungkin anda berminat nak berniaga online, tapi jangan terus berhasrat untuk buat secara online dan berhenti kerja, kerana belum tentu anda akan berjaya. Asasnya, mereka yang berjaya adalah terdiri dari mereka yg. bermula secara sambilan dan seterusnya sepenuh masa. Jika anda gagal, maka ia tidak menjejaskan apa-apa kerana anda telah mencuba dan masih mempunyai kerjaya, tetapi [+]

14
Nov
Related entries:Tips

Post ini merupakan sambungan dari post yang lepas. Saya cuba kongsikan langkah-langkah yang boleh kita lakukan bagi mengusai minda kita sendiri. Sebab itu saya letak tajuk post hari ini , kita kena jajahi minda sendiri. 1: Fikirkan apa yang anda impikan atau mahukan dan mulakan sematkan impian itu didalam fikiran anda. Teknik ini dilakukan dengar anda meletakkan satu gambaran kejayaan anda. Contohnya kalau anda jadi top seller MLM, bayangkan bila anda berjaya anda sedang terima satu anugerah khas diatas pentas dengan kehadiran beribu-ribu manusia.Anda boleh [+]

Kenapa kita perlukan Minda Yang Bersedia? Kerana kita tidak mahu mengalami konflik dalaman sepanjang perjalanan yang dilalui. Contohnya; jika kita bercita-cita nak jadi jutawan tetapi minda kita sentiasa berfikir tidak boleh dan ragu-ragu dan ini akan menyebabkan pergerakan dan tindakan kita menjadi statik. Sebab sistem pergerakkan badan kita ini di kawal oleh minda. Jadi kita perlu 'program' kan minda ini supaya ianya dapat menghantar arahan pergerakkan badan kita. Kerana kita juga tahu fikiran manusia ini terlalu komplek kalau tidak masakan sesama kita pun kita boleh berperang. Tapi yang bagusnya pula minda manusia adalah anugerah Allah s.w.t yang teramat canggih sehingga tiada mana-mana komputer dapat menandinginya jika kita benar-benar mempergunakannya. Jadi disini kita perlu 'set something' (something yang kita impikan)dalam minda dan sentiasa pastikan bersedia untuk mencapai matlamat yang kita mahukan.T

Dalam erti kata lain kita perlu menguasai minda dalam mempersedia [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | Burts Bees