23
Oct

Sudah 4 hari tidak online. Bukan untuk menjadi alasan, tetapi minggu ini   merupakan mingyang begitu suram untuk aku sekeluarga. Aku amat bersedih atas pemergian bondaku yang amat dikasihi pada detik 3.30 pagi hari Isnin bersamaan dengan 20 Syawal. Pada umurnya 74 tahun beliau telah selamat disemadikan di tanah perkuburan orang-orang  Islam  di Kampung Panchor  Pantai Remis, Perak. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...... Pemergian beliau memang tidak kusangka, tambahan dengan tahap kesihatan beliau yang tidak menunjukkan sebarang masalah, cuma demam biasa dan tidak berselera makan. Masalah yang kukira biasa bagi keadaan umurnya. Tetapi Allah lebih menyanyangi beliau dan aku redh dengan panggilan Nya. Malah cara beliau meninggalkan kami begitu mudah tanpa siksaan sakit yang berlarutan seperti mana orang-orang tua lain amatlah ku syukuri. Aku akan sentiasa merinduinya terutama masakan pulut udang emak. [+]

Hari ini ramai dikalangan sahabat-sahabat kita mengecapi kemewahan hasil urusniaga di internet. Bermacam-macam boleh didapati secara online dari sekecil-kecil sehingalah yang besar-besar. Ada yang menggunakan platform lelongan seperti ebay dan lelong.com ataupun program-program jana wang seperti adsense dan sebagainya. Tak kiralah apapun kaedah yang digunakan yang penting ramai yang berjaya memperolehi duit dengan mengadap komputer sahaja. Semakin pesat perkembangan perniagaan online ini maka semakin tinggi kadar persaingannya. Tidak dinafikan walaupun pesat perkembangan perniagaan online ini tetapi pasaran di Malaysia masih mempunyai ruang yang masih besar yang belum diterokai sepenuhnya. Contohnya produk yang berlandaskan barangan muslim. Tetapi kita tidak boleh lari dari kenyataan , bahawa pada suatu hari nanti pasaran di Malaysia pun akan menjadiseperti yang berlaku di negara-negara maju seperti US,UK dan lain-lain negara maju di eropah. Sebagai Internet Marketer kita perlu mempersiapkan diri dan paradigma minda kita jika kita mahu setapak [+]

17
Oct

Oops! Jangan salah faham yee.... Bukan maksudnya begitu. Untuk apa kita beli ebook? Kenal pasti dahulu, apa tujuan kita. Samada untuk menambahkan ilmu didada ataupun sekadar memuaskan nafsu dan rambang mata kita. Kalau niat untuk tambah ilmu untuk menjadi usahawan internet maka pastikan FOKUS kita betul. Fokus kita nak buat duit jadi janganlah kita  membazir duit pula! Tak salah untuk membeli ebook jika kita benar-benar perlukan maklumat didalamnya. Yang salah tu kalau sudah beli ebook tu menjadi hiasan dalam komputer kita. Kesian hardisk komputer tu menyimpan maklumat yang tak digunakan. Jadi kita perlulah menjadi pengguna yang bijak. Jika membeli pastikan ebook itu di "Utilise" sepenuhnya. Maksudnya baca, buat ulangkaji dan praktikan segala maklumat yang terdapat selepas kita fahaminya. Nanti tak lah macam kita membakar duit kita saja. Banyak yang didengar dari kalangan newbie menghabiskan duit membeli [+]

Percaya atau tidak ramai dikalangan kita hari ini sudah mula membuat duit di internet. Tapi soalannya, "Betul ke senang nak buat duit kat internet ni?". Maka ramai juga yang rasa macam tertipu dan sebagainya. Maklum le ramai yang tertarik dengan saleletter sesebuah website yang menjual ebook dan sebagainya. Itulah yang saya namakan Saleletter Membunuh, yang berjaya menyentuh sanubari seseorang itu sehingga mengambil keputusan membelinya. Lihat sahaja perkataan RAHSIA!, KINI TERBONGKAR!!, XXX CARA MUDAH!, Siapa yang tak tertarik. Tapi tidak adillah saya berkata sedemikian, mungkin kenyataan diatas akan membuat para Internet Marketer Malaysia marah dengan kenyatan ini. Namun saya juga berhak berkongsi maklumat dan pengalaman demi tanggungjawap untuk memajukan bidang keusahawan internet ini. Percayalah! Bukan hanya dengan sebuah mana-mana ebook itu berupaya membuat anda terus berjaya ataupun mendapatkan RM pertama anda. Saya berkata ini atas platform khas untuk anda yang betul-betul newbie(orang baru [+]

17
Oct

Siapa kata orang yang suka melayari internet akan jadi lemah dan lembab? Kini terbukti dengan teknologi sains yang dijalankan sekumpulan penganalisa berjaya memberi jawapan diatas.

Hasil kajian di Amerika baru-baru ini mendapati penggunaan internet dapat mempertajamkan lagi minda kita. Menurut penyelidikan di sebuah universiti di California minda kita akan lebih aktif apabila kita banyak explore internet. Secara logikalnya segala imej-imej yang terpapar pada skrin monitor dengan secara langsungnya dihantar sebagai maklumat untuk diproses di otak kita. Lebih banyak yang di explore lebih aktif otak  memproses maklumat yang disalurkan. Dengan secara kita sedari segala pergerakan proses ini berupaya mempertajamkan minda kita. Sekarang jangan jadi alasan lagi, teruskan explore kat internet ini. Macam-macam ada. Yang penting tu niat kita biarlah betul. Kalau yang tak betul ni bukan dekat alam maya aje yang ada, [+]

Categories
 
Ads
 
Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes
©2008 Demo | Designed by: Elegant Wordpress Themes & | | iPhone 4 Cases | CostCo Locations