kita perlu merancang jika hendak berjaya. Betul tak? Tetapi kalau tiada matlamat pun kita pasti sukar mendapatkan hasilnya. Sebab apa saya berkata begitu. Contohnya;katakan kita merancang nak simpan duit RM1000.00 hasil dari gaji kita. Jadi kita pun membuat checklist perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi mencapai perancangan tersebut seperti mengurangkan keluar tengok wayang ke ....atau apa-apa saja yang anda fikirkan. Selepas beberapa tahun anda masih lagi gagal atau mampu untuk menyimpan RM1000.00 walaupun anda berjaya mengurangkan aktiviti anda keluar tengok wayang itu tadi. Apa yang berlaku disini adalah kerana anda tidak menetapkan matlamat jangka masa, BILA anda nak RM1000.00 itu terkumpul. Nampak tak? Kalau anda ada menetapkan matlamat yang jelas contoh 30hb Mac 2009 anda nak duit itu terkumpul maka disini anda akan lebih rasa bertanggungjawap. Jika tanpa matlamat saya yakin usaha anda kerap terbengkalai kerana dalam proses perjalanan perancangan itu pasti [+]
Kegagalan untuk membuat perancangan seolah-olah anda merancang untuk gagal.Bayangkanlah jika anda pergi ke sesuatu destinasi yang belum anda sampai, apakah yang anda lakukan. Adakah anda 'start' kereta dan terus menuju kesitu. Saya pasti setidak-tidaknya anda tentu akan menyelidik dengan kawan-kawan dan untuk mengetahui arah dan pelan sebagainya. Ini menunjukkan anda telah membuat perancangan lebih awal. Anda berbuat sedemikian kerana anda tidak mahu tersesat dan membuang masa semasa dalam perjalanan itu nanti.
Jadi anda nampak rasionalnya sama juga jika anda hendak menjalankan sesuatu bisnes. Tanpa perancangan yang saya ibaratkan 'peta jalan', saya pasti anda akan tersesat. Bila sudah sesat bukan sahaja anda membazirkan masa malah anda juga membazirkan tenaga dan wang ringgit anda.
Bila anda sudah membuat perancangan, perkara kedua yang juga penting dan ramai orang yang memandang ringan dan remeh perkara ini ialah [+]
Yaa! Kalau nak berjaya jangan terlalu fokus sangat membaca ebook.Kenyataan ini ditujukan khas untuk newbie yang berhajat nak mulakan atau menjana duit di internet. Tapi jangan disalah tafsir
apa yang cuba saya kupaskan ini.
Maksud yang kena anda faham ialah jangan 'OVERLOADED INFORMATION' dalam kepala otak anda. Terlalu banyak kes berlaku pada newbie yang terlalu sangat mengkaji perniagaan internet ini dengan membaca terlalu banyak ebook dan akhirnya bukan saja duit tidak dapat dihasilkan malahan memulakan perniagaan pun belum. Perkara ini yang saya tidak mahu berlaku pada anda semua.
Saya tidak nafikan kita perlu membaca untuk mendapatkan maklumat asas. Ya! ASAS....faham betul-betul yang saya tekankan ialah asas bukan sehingga menjadi expert. Dengan asas kita sudah boleh memulakan langkah pertama. Langkah pertama inilah yang penting. Tanpa langkah pertama kita tidak akan ke mana-mana, ingatlah kenyataan ini.
Saya [+]
Semua orang sibuk bercerita pasal ebay kebelakangan ini. Kenapa tiba-tiba begitu glamour ebay ni? Ebay merupakan salah satu cabang ruang perniagaan di platform internet. Iannya bukanlah benda yang baru dan asing di persada internet ini. Ebay dah lama bertapak di internet dan telah menjalankan urusniaga berbillion Ringgit.
Ramai IM mengakui perniagaan di ebay lebih mudah untuk dipelajari dan menjana pendapatan. Walaupun saya kata mudah, tapi hakikatnya anda perlulah belajar dan berusaha. Sebenarnya dalam kamus perniagaan ini tiada jalan singkat dan cara mudah. Hanya ketekunan dan usaha yang berterusan yang menjadi X faktor segalanya. Ebay cuma medium sahaja, yang lain anda yang menentukan hasilnya.
Tambahan sekarang anda beruntung kerana terdapat beberapa IM di Malaysia ini yang sanggup berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka didalam ebook. Kini anda lebih mudah untuk memulakan perniagaan di ebay [+]Mungkin sudah ramai mengetahui jawapannya. Tapi saya yakin masih lagi ramai diluar sana yang belum tahu atau meragui perjalanan perniagaan di internet ini. Biarlah saya kongsikan sedikit sebanyak pengetahuan yang ada ini untuk menjadi info untuk sesiapa sahaja yang memerlukan. Apa yang membezakan& kelebihan Bisnes Di Internet dan Offline? 1. Kos permulaan yang paling rendah sehinggakan kalau nak niaga goreng pisang pun perlukan sedikit sebanyak modal. tidak perlu fikir lagi masalah pendaftaran perniagaan, sewa tapak dan mencari pekerja. hanya perlukan domain name dan hosting dan website kita sudah diibaratkan telah membuka sebuah kedai maya. 2. Tidak perlu kemahiran yang tinggi sebagai salesman mahupun pengurusan perniagaan. Cukup sekadar tahu asas penggunaan komputer, selebihnya boleh belajar seperti cara membuat website dan sebagainya. Yang penting kenal pasti produk yang bakal diniagakan. 3. Faktor masa yang lebih flexible. Boleh dijalankan secara part time, tidak perlu sehingga berhenti kerja. Tentukan masa sendiri untuk fokus dalam [+]
- Email Marketing Teknik & ...
- Hari Ini Dalam Sejarah
- Fokus dan Fokus
- TERKINI & TER’NOW...
- Persediaan Menyambut Ramadhan ...
- Terlalu Lama Menyepi, Apa Dah ...
- Tip Perniagaan Internet Hari I...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...
- 5 Sebab Mengapa Kita Masih Tid...




